Tag Archives: kenapa pening kepala

1148994_10201165100942329_1371435824_n

Punca Pening Kepala

As salam semuo…

Kenapa pening kepala…??? Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu pening kepala , mungkin disebabkan masalah kewangan , mungkin juga disebabkan masalah kerja dan mungkin juga kerana tidak cukup tidur…

PM kerap jumpa mereka yang selalu pening kepala nih , mereka akan datang berjumpa orang macam PM untuk menghilangkan pening kepala ¬†atas nasihat doktor , sebab ada sesetengah masalah pening kepala nih tidak boleh diubati dengan ubat…

Masalah rabun merupakan antara punca pening kepala , tidak kiralah rabun jauh , rabun dekat mahupun rabun silau…maka dengan hanya memakai cermin mata sahaja mampu mengurangkan dan mungkin menghilangkan terus masalah pening kepala tuh…

Ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka rabun , ok lagi…tapi ada pulak sesetengah tuh yang tidak mahu mengaku mereka rabun…hmmm…

Akibat tidak sedar , mungkin juga sombong , mereka berterusan berdegil tidak mahu memakai cermin mata lantas memaksa mata mereka bekerja lebih keras dari biasa…akibatnya , mata mereka cepat letih seterusnya mengakibatkan mereka pening kepala

998449 10201161950263564 423278655 n Punca Pening Kepala

– Mifz olok-olok pakai cermin mata

Kalau dah rabun pakai sahaja cermin mata , tak perlu sombong , kenapa nak malu jika anda rabun…?? Kenapa , jika pakai cermin mata tidak kacak ke…??

Mifz kacak jer pakai cermin mata , pakai terbalik pun masih kacak apa…hehe