Tag Archives: ipu terkini

Shah Alam Teruk , Muar Lagi Teruk

As salam semuo…

Bacaan IPU Terkini setakat jam 11.00 pagi 23-06-2013 :-

cats crop Shah Alam Teruk , Muar Lagi Teruk

123456 crop1 Shah Alam Teruk , Muar Lagi Teruk

– sumber : http://www.doe.gov.my/apims/

Pagi tadi ketika hendak keluar bekerja PM dapat lihat keadaan jerebu memang agak teruk di Puncak Alam berbanding semalam

Apabila melalui Shah Alam pun sama , jerebu teruk jugak…malah ketika ini di sekitar Klang pun teruk jugak , terasa mata pedih dan tidak selesa…

Namun jika hendak diperbuat perbandingan dengan daerah Muar di Johor , wow jauh bezanya…indeks IPU di Muar mencecah 690 sedangkan di Shah Alam indeks IPU nya 112 setakat jam 11.00 pagi tadi…

Di Shah Alam nih pun PM dah rasa teruk keadaannya , di Muar jauh lagi teruk…entah nampak atau tidak jika memandu dalam keadaan indeks IPU tinggi macam tuh yer…huhu

 

Bacaan IPU Terkini

As salam semuo…

Sebelum ini ada terbaca di surat khabar mengatakan masalah jerebu di Johor dan Melaka agak teruk…contohnya di Johor , terdapat beberapa sekolah yang ditutup seterusnya membenarkan murid-murid sekolahnya bercuti…

Kini sesetengah tempat di Selangor juga sudah mencapai indeks IPU ( Indeks Pencemar Udara ) ¬†yang tidak menyihatkan iaitu melebihi indeks 100…

1010015 10200792670471800 1168317807 n Bacaan IPU Terkini

– Pemandangan dari tempat kerja

Pagi tadi semasa PM dalam perjalanan ke tempat kerja juga dapat lihat dengan jelas betapa teruknya jerebu , pemandangan menjadi kabur sedikit dan berasa tidak selesa seperti biasa…

Berikut merupakan IPU Seluruh Malaysia setakat jam 7.00 pagi tadi ( 22/06/2013 ) :-

123456 crop Bacaan IPU Terkini

789456 crop Bacaan IPU Terkini

– Sumber = http://www.doe.gov.my/

Dengan keadaan jerebu yang agak teruk nih , semua aktiviti luar perlu dikurangkan nampaknya…jika tidak pasti mengundang masalah kesihatan terutamanya kepada anak kecil…

Selasa depan Insya-Allah nak berjumpa dengan janda baik , harap ketika itu masalah jerebu sudah berkuranganlah…