Sebelum ini PM pernah kongsikan berkenaan pakej Pulau Perhentian dan pakej Pulau Redang…kali ini PM hendak kongsikan berkenaan pakej Pulau Tioman pula…
Pemergian PM dan wife ke Pulau Tioman pada bulan Febuari 2012 selepas menyaksikan beberapa kawan kami ke sana…apabila melihat gambar-gambar mereka, hati mula tertawan dengan keindahan semulajadinya…
Setelah mendapat beberapa info berkenaan Pulau Tioman dari kawan-kawan PM, pakej dari Damai Tioman Resort menjadi pilihan kami…Damai Tioman Resort terletak di Kampung Genting…
Terdapat beberapa buah kampung di Pulau Tioman antaranya Kampung Salang, Kampung Panuba, Kampung Ayer Batang, Kampung Tekek, Kampung Paya, Kampung Genting, Kampung Nipah, Kampung Minang Cove, Kampung Mukut dan Kampung Juara…jika kawan-kawan inginkan kemeriahan boleh pergi ke Kampung Salang sebaliknya jika hendakkan ketenangan dan kedamaian boleh pergi ke Kampung Genting…
Ketika menginap di Damai Tioman Resort, PM mengambil pakej 3 hari 2 malam bernilai RM 288.00 seorang…yup pakej bajet…pakej termasuk makan dan minum, snorkeling dan tambang feri pergi dan balik…keadaan bilik selesa dan bersih…makanan yang dihidangkan juga tidak menghampakan…servis dan layanan dari pihak resort juga sangat memuaskan…
Namun begitu, pada mereka yang mungkin ada bajet lebih dan inginkan lebih keselesaan mungkin boleh pilih resort lain yang lebih baik…di sana terdapat banyak resort mahupun chalet…setiap kampung mungkin terdapat 3-4 resort untuk dipilih berdasarkan bajet masing-masing…selera kawan-kawan mungkin berbeza dengan PM…PM hanya kongsikan apa yang telah PM lalui…
Ruang makan yang agak selesa…terletak beberapa langkah jer dari bilik kami menginap…untuk pengetahuan semua, ketika di sana pada hari kejadian, hanya PM dan wife menjadi tetamu di sana…oleh itu kami mendapat layanan yang sangat istimewa dari pihak resort…hehe
PM dan wife memang gemar bercuti pada hari weekday…tak ramai orang…bercuti pada hari weekday bukanlah masalah pada kami kerana kami sudah biasa kerja pada hari weekend…hehe jika bercuti pada hari weekend ataupun cuti sekolah ke, memang ramai pengunjung di sini…bila sudah terlalu ramai orang tak syok sangat kan..??
Menikmati minum petang sambil menunggu matahari terbenam…fuhh memang indah…kagum dengan ciptaan Allah SWT…
Bergambar kenangan di sekitar kawasan resort…tidak kelihatan orang lain kan..?? Yup pantai itu seperti private beach PM yang punya…ituh yang tangkap gambar takdo segan silu tuh…hehe
Damai Tioman Resort nih bukanlah yang terbaik…resortnya tidak sehebat resort INI ketika PM bercuti di Pulau Redang…resortnya biasa-biasa ajer…namun PM dan wife masih menikmati saat-saat indah di sana…masih lena tidur kami…
Pada kawan-kawan yang mungkin ingin mengetahui harga pakej Pulau Tioman yang terbaru dari Damai Tioman Resort boleh klik SINI













gambar yang last tu kan…hehehehhee……
wow syoknya
Private beach tu la yang seronok kan..
ketiga2 pulau tu saya tak pernah sampai lagi…Memang akan rujuk blog ni kalau tergerak nak ke sana..hihihih
Betul-betul damai kalau dah macam tak ada org lain PM. Betul-betul anniversary honeymoon…
info bagus share ngan kengkawan..bagi yg nak pergi nanti kan..
blm lg sampai tioman.. cam besh lak tgk.. kiki..
insyaallah kita plan yer.. seronok jejalan bw keluarga kann
pulau tioman memang best sangat
pernah sekali je ke sana
itu pun dah lama dahulu
menarik..dah lama mengidam nak pi pulau ni, tak terpergi2 lagi…
bestnya..bilalah nak berehat ni..
wahhh bagusnyaaa
full og information nie
Teringin pula nak ke sana…
lepas ni pulau mana pulak yang ada dalam rancangan PM??
tak penah sampai lg pulau tioman n..p.redang dah pegi..
wah bestnye..dlm list js ni nk p bercuti ke pulau thn ni…hihi.
tq 4 sharing info tu…^^
rm288 tu brapa hari?
teringin nak bercuti kat pulau tioman nie…
honeymonn kah ini??
teringin nak gi pulau… lama x gi
kena tunggu anak besar.. auni kecil susah nak main pantai..
pernah pegi pada thn 2011 tp lupa nm resort apa..hoho
deno pernah pergi pulau kapas sekali je sebelum deno sakit, masa tu deno umo 7thn.. lepas sakit tak pernah ke pulau dah…
Bilalah akak blh sampai ke tioman, baru ni waktu ke spore lalu je ke simpang jeti ke Tioman kat Rompin.huhu.
Romantika d amore nmpk..mifz mn? Blm ada lg ke waktu ni..:)
Wahhh…bagus…bagus…walaupun den tak suka bercuti di Pulai…may be…satu hari nanti..teringin….ahakz
salam PM..
wow… bestnye..
oh pulauuu bila la dpt ke sana ni… huhu
salam PM..
wow… bestnye..
oh pulauuu bila la dpt ke sana ni… huhu
bilalah mama nak sampai kesana..skrg ni mama asyik lemau je..hu2x..
Best la….mmg mcm private beach
Bestnya. Cantik matahari terbenam tu.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.