Kereta Sewa Langkawi

As salam semuo…Kereta sewa Langkawi | Antara perkara utama sesampai sahaja di Pulau Langkawi ialah mencari kereta sewa…tanpa kereta sewa sudah pasti banyak tempat menarik di Pulau Langkawi tidak dapat disinggahi dengan mudah…jika menggunakan perkhidmatan teksi sudah pasti melecehkan…Jika pelancong asing kebanyakkannya PM lihat lebih gemar menyewa perkhidmatan motosikal berbanding kereta…biasanya lelaki mat-mat salleh nih akan menunggang motosikal tanpa memakai baju manakala si perempuannya akan memakai pakaian mandi…yup pemandangan yang sangat menjolok mata…silap haribulan boleh berlaku kemalangan jika pengguna jalan raya yang lain leka memerhatikan mereka…hehe

Perkhidmatan kereta sewa boleh didapati dengan mudah sesampainya di Lapangan Terbang Langkawi…terdapat banyak kaunter dibuka untuk menawarkan perkhidmatan kereta sewa…terdapat banyak pilihan kereta untuk dipilih mengikut bajet dan kesesuaian masing-masing…

20130219 180107 Kereta Sewa Langkawi

Tempoh hari PM memilih Nissan Serena sebagai pengangkutan kami sekeluarga di Pulau Langkawi…sesuai dengan jumlah kami ketika itu iaitu 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak…lagipun apabila kereta sebesar ini mudah sedkit untuk meletak barang-barang hasil membeli-belah…:)

scan0001 Kereta Sewa Langkawi

Harga sewa Nissan Serena itu ialah RM 110.00 sehari…jumlah untuk 4 hari 3 malam bersamaan RM 330.00…jumlah key deposit RM 50.00 tersebut akan dipulangkan semasa memulangkan semula kereta sewaan…

Pada PM adalah lebih murah jika tempah kereta sewa di lapangan terbang tersebut berbanding tempah secara online…malah harga kereta sewa yang terdapat di blog-blog berkaitan agak mahal sedikit…contohnya  harga sewa untuk sehari Nissan Serena ialah RM 150.00 pada hari biasa…yup PM jimat sehari RM 40.00 disitu…3 hari sudah jimat RM 120.00…banyak tuh kan…:)

Oleh itu pada mereka yang hendak menyewa kenderaan ketika bercuti ke Pulau Langkawi bolehlah menelefon Encik Ghoni – 0124711007…ataupun kawan-kawan boleh pergi sahaja ke kaunter-kaunter kereta sewa berkenaan dan PM yakin harga yang ditawarkan lebih kurang sama sahaja…

32 thoughts on “Kereta Sewa Langkawi

  1. Nurulhuda Abdul Latip

    Kira murah la sewa nissan serena dengan harga 110 sehari, memang berbaloi nak letak barang shopping, hehe

    Reply
  2. diana

    akak selalu terpikir kenapa la depa tak buat macam pulau pinang ni..boleh bawak keta sendiri…seberang jambatan guna feri je boleh bawak keta.heheheh..

    Reply
  3. Pingback: Mandi Manda di Pantai Cenang | PaPa MiFz

  4. Pingback: Drama di Oriental Village | PaPa MiFz

  5. Pingback: Jalan-jalan di Beras Terbakar | PaPa MiFz

  6. Pingback: Shopping Gamat di Nusantara Maju Enterprise | PaPa MiFz

  7. Pingback: 2 hari 1 malam di Amzar Hotel | PaPa MiFz

  8. Pingback: Perniagaan Haji Ismail Group | PaPa MiFz

  9. Pingback: Penginapan Percuma di Perdana Beach Resort | PaPa MiFz

  10. Pingback: Pemenang FM Pulau Langkawi | PaPa MiFz

  11. Pingback: Drama Underwater World | PaPa MiFz

  12. Pingback: Gelagat Atas Troli Bagasi | PaPa MiFz

  13. Pingback: tempat makan best di pulau langkawi | PaPa MiFz

  14. Pingback: Gambar Mifz di Pulau Langkawi | PaPa MiFz

  15. Pingback: Makan Aiskrim di Jom Ikan Bakar | PaPa MiFz

  16. Pingback: Tempat Makan Ada Banyak Area | PaPa MiFz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge