As salam semuo...
Korang pernah dengar pasal penyakit Talasemia tak..??
Penyakit Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah...pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi...ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas...hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita...
Talasemia bukan penyakit berjangkit...ianya ialah penyakit genetik atau keturunan dimana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa...lelaki ataupun perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini...
Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor ( pembawa gen Talasemia ) dan Talasemia major ( pesakit Talasemia )...pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia pada anak-anaknya...manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3-18 bulan...antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukkan pada muka apabila anak semakin membesar...
Terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak berkahwin sebagai langkah keselamatan...langkah pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia...langkah kedua, sekiranya korang mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, korang perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan korang...bakal pasangan korang perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak...langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik...ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut...
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka juga pembawa gen Talasemia (minor Talasemia ), 25% kemungkinan anak normal dan 25% kemungkinan anak mereka pesakit Talasemia ( major Talasemia )...
PM dan wife sendiri terkejut apabila mengetahui kami ialah pembawa Talasemia...PM ada ceritakan dalam entry INI...sebelum kami berkahwin tidak pula terfikir membuat penyaringan darah untuk mengesan penyakit Talasemia nih kerana tidak pernah pula dengar mengenai penyakit ini dikalangan keluarga kami...namun syukur Alhamdulillah, putera kami iaitu Mifz juga hanyalah pembawa Talasemia seperti PM dan wife juga...
Sumber bacaan : Blog Perkahwinan Anda

{ 13 comments... read them below or add one }
bahaya kalau nak kawin kena cek betul2
kalau dua2 ada penyakit ni cuba elakkan...
January 21, 2013 at 12:52 AM
saya pembawa talassemia. dah tahu lama dah. sebelum kahwin suruh suami buat pemeriksaan darah. alhamdulillah dia normal. 2 orang anak kami pun normal darah mereka, alhamdulillah
January 21, 2013 at 4:42 AM
Wow....good info...kawan den wife dia yg major...lama jugak nak pulih kan rawatan tu....bukan pulih kan....errr....kurangkan kesan sebab masa tu bersangkutan plak dgn penyakit lain....
January 21, 2013 at 6:27 AM
assalam PM..alhamdulillah mifz nampak sihat dan aktif
January 21, 2013 at 6:28 AM
Tapi kalau dah kedua2 pasangan adalah pembawa, adakah berpisah 1 jalan penyelesaian? (Sebelum berkahwin)
January 21, 2013 at 6:59 AM
great info
thanks
January 21, 2013 at 7:39 AM
tkut jugak kn...1st time tau pnyakit mse iklan kt tv tu la...tkut gak kn...
January 21, 2013 at 9:27 AM
mmg x tauu sgt pasal ni... Alhmdlh great 2 here Mifz sihat2 adanya...
January 21, 2013 at 9:29 AM
Kena buat pemeriksaaan darah, kita tidak tahu yang penbyakit ini sudah lama menetap dalam badan kita.
January 21, 2013 at 10:59 AM
salam PM..tq for sharing..
alhamdulillah..
January 21, 2013 at 4:06 PM
tiap penyakit ada ubatnya
sama kita berusaha dan berdoa
moga2 sentiasa sihat sejahtera
January 21, 2013 at 10:18 PM
thanks PM atas perkongsian info tentang talasemia ni.. :(
January 21, 2013 at 10:58 PM
kesian sgt kalau budak2 yg kena talasemia ni.. selalu jugak jumpa kat hospital.. tak larat je nampak diaorang.. kalau yg teruk, setiap minggu kena masuk darah di hospital..
January 23, 2013 at 2:03 AM
Post a Comment