Pemasangan NGV Menjimatkan

As salam semuo…Pemasangan NGV…di luar sana terdapat banyak pusat pemasangan NGV…tapi bukan semuanya berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )…pada sesiapa yang bercadang untuk memasang NGV seelok-eloknya pergilah pasang di pusat atau bengkel pemasangan NGV yang berdaftar…untuk menyemak senarai pusat pemasangan NGV yang berdaftar korang boleh klik SINI

PM sendiri sudah memasang NGV di kereta Persona…sudah hampir 3 bulan PM menggunakan sistem NGV…alhamdulillah setakat ini PM berpuas hati…dari segi pick-up kereta tak dinafikan agak kurang…tapi tidaklah ketara sangat…

Sebelum membuat keputusan memasang sistem NGV di kereta, PM mencari sedikit maklumat tentang sistem NGV…pelbagai forum PM terjahi…pelbagai soalan PM ajukan kepada mereka yang berpengalaman menggunakan sistem NGV contohnya pemandu teksi…pelbagai soalan PM ajukan kepada bengkel-bengkel berkaitan…selepas mendapat beberapa info dan ilmu berkenaan NGV, baru lah PM membuat keputusan untuk memasang NGV di kereta PM…

Secara amnya tedapat 2 jenis sistem NGV :-

  • Mixer 
  • Sequential

Untuk kereta berenjin Campro seperti Persona, adalah dinasihatkan memasang sistem sequential…sistem ini agak mahal berbanding sistem mixer, tapi pada PM ianya pelaburan yang berbaloi…kos pemasangan untuk sistem mixer dari RM2500 – RM4000, manakala sistem sequential kos pemasangan dari RM4000 – RM6000…

Kenapa PM bertukar kepada NGV?? Yup sebab utama sudah tentu disebabkan faktor harga petrol yang tinggi…perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja dari rumah PM adalah sejauh 80km…sehala 40km…penggunaan petrol jangan cakaplah, sangat-sangat tinggi…bila penggunaan petrol tinggi, duit dalam dompet pula menjadi semakin nipis…hehe

Setelah memakai sistem NGV, PM dapat jimatkan perbelanjaan bahan api untuk kereta sebanyak 70%…yup sangat banyak perbezaannya…dengan mengisi gas sebanyak RM10, PM mampu memandu sejauh 200km…sangat menjimatkan…alhamdulillah…

tong gas lpg Pemasangan NGV Menjimatkan

Penggunaan NGV sebenarnya sangat selamat…sebelum ini pernah keluar berita bahawa kenderaan NGV meletup adalah disebabkan modifikasi tambahan yang mereka lakukan…tambah teruk mereka guna tong gas masak di dapur menggantikan tong gas NGV yang sebenarnya…hmmm…

Jika pemasangan NGV dilakukan di tempat yang berdaftar dan dibuat oleh mereka yang pakar dan berpengalaman, insya-Allah kejadian kereta meletup pasti dapat dielakkan…jika tidak kenapa semua teksi di Malaysia menggunakan sistem NGV, jika tidak selamat pasti penumpang takut untuk menaiki teksi kan..???

Sebenarnya setiap kali PM mengisi gas, PM lihat terdapat juga kereta-kereta mewah seperti Toyota Alphard, Toyota Camry malah BMW juga turut menggunakan sistem NGV…mereka yang pandu kereta mewah pun terasa bahang harga petrol inikan pula PM yang tak berapa nak mewah nih…huhu

Kesimpulannya PM berpuas hati setelah menggunakan sistem NGV…penjimatan kos bahan api sangatlah ketara…apa yang penting penjagaan kereta itu sendiri, penjagaan kereta seperti servis bila sampai waktu adalah penting tidak kiralah menggunakan petrol mahupun NGV…

30 thoughts on “Pemasangan NGV Menjimatkan

  1. ~Beb~

    mangaiii! seriau den tgk tong gas tuh.. tp tu la.. bahaya betul kalau salah ni. ade 9 nyawa agak nye.. klu kompem pandu sorang smpi ble2 x pe.. ini bwk penumpang, famly sndiri. membunuh da tuh.

    tapi pm ckp rm10 bole pg 200km? osah jimat tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

    Reply
  2. Ezad Skytech

    pengunaan NGV ni sememangnya lebih jimat berbanding petrol tapi pemasangannya mmg agak mahal…tp berbaloi…:D

    Reply
  3. Nurulhuda Abdul Latip

    80km pergi balik? Huhh, memang patut pun pasang NGV..lebih berbaloi kan..tapi seram pulak nengok gambar letak tong gas cam gitu je kan..

    Reply
  4. eima

    my husband kite pun buat jugak tp tak sempat lagi nk buat entry …..

    timing RPE kena betul … baru jimat dan sedikit pickup

    Reply
  5. Hidup Mesti Hebat

    salam pada admin tak semestinya yg berdaftar dgn jpj tu bagus dan tak semestinya yg tak berdaftar dgn jpj tak bagus,,,cuma sejak2 akhir2 ni jpj monopoli sistem pendaftaran bgkl klass c utk ngv,,hanya boleh pakai nama jpj sahaja.,,,saya dlm bidang ngv pada ahun 1999 lg,,,,dan tak berdaftar dgn jpj,,,,,,,dan ramai lg perniaga melayu ngv tak berdaftar dgn jpj,,,kesian dgn bangsa sendiri…..tanpa kita yg menyokong,,,sapalh mereka,,,,,,,moga bersama lh kita menyokong perniagaan bangsa sendiri…amin semoga ianya menjadi kenyataan..

    Reply
  6. Hidup Mesti Hebat

    salam pada admin tak semestinya yg berdaftar dgn jpj tu bagus dan tak semestinya yg tak berdaftar dgn jpj tak bagus,,,cuma sejak2 akhir2 ni jpj monopoli sistem pendaftaran bgkl klass c utk ngv,,hanya boleh pakai nama jpj sahaja.,,,saya dlm bidang ngv pada ahun 1999 lg,,,,dan tak berdaftar dgn jpj,,,,,,,dan ramai lg perniaga melayu ngv tak berdaftar dgn jpj,,,kesian dgn bangsa sendiri…..tanpa kita yg menyokong,,,sapalh mereka,,,,,,,moga bersama lh kita menyokong perniagaan bangsa sendiri…amin semoga ianya menjadi kenyataan..

    Reply
  7. Idamankalbu

    Rasa gian nak pakai ngv, tapi takut accident kereta langgar belakang kereta aku pulak, lepas tu meletup macam bom Hiroshima pulak habis nyawa satu keluarga, bila agak kerajaan nak luaskan stesen ngv ke pantai timur, asyik2 KL yg dapat menafaat teknologi ni.

    Reply
  8. saiful

    Salam PM.. maaf sebab mungkin perkara ni dah lama berlalu.. saya sekarang tengah survey untuk pakai NGV pada persona.

    Nak tanya PM, yang PM pasang ni kat kedai mana?? Berapa kos?? setakat hari ni, saya rasa da lebih setahun PM guna NGV kan?? ade ape-ape masalah x pasal enjin.. kot kna tukar plug coil ke, valve patah ke atau pae2 masalah lain??

    Terima kasih kerana berkongsi..

    Reply
    1. papamifz Post author

      Salam bro Saiful ,

      Alhamdulillah setakat hari nih saya pakai NGV ok sahaja . Cuma tips pakai NGV nih kadang2 kene guna minyak jugak dan tidak terlalu bergantung kepada gas semata-mata . Dan biasanya selang sekali enjin saya akan tukar plug untuk mengelakkan masalah jerking .

      Saya buat di bengkel berhampiran Petronas Hicom , kedai Melayu . Bengkel tuh belakang Hong Leong Bank dan sebelah kedai car wash .

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge