Kabinet Dapur Murah

As salam semuo…
Setiap apa yang kita beli pasti kita hendakkan yang murah kan…?? PM pun begitu juga…tapi pada PM , pemilihan harga yang murah boleh tetapi dalam masa yang sama kena pastikan yang ianya juga berkualiti…

Dalam urusan membuat kabinet dapur tempoh hari, setelah membuat beberapa perbandingan harga dengan beberapa kontraktor, PM membuat keputusan untuk memilih kontraktor RZ Cabinet…harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding beberapa kontraktor yang lain…

20120906 192307 Kabinet Dapur Murah
  • Table top tiles
  • Melamin ABS
  • Handle Buit-in
  • Rak Pinggan
  • Cooking Hood ELBA
  • Hob 2 burner ELBA
  • Sink 2 bowl + tap
  • Plumbing
  • Kabinet Tinggi
  • Wiring 4 points
  • Wall Tiles Glass

Tempat Menarik di Melaka

Jumlah keseluruhan proses pembikinan kabinet dapur di rumah PM ialah RM 5,880…setelah membuat perbandingan, perbezaan harga dengan beberapa kontraktor lain murah hampir RM 1,000…

PM dan wife berpuas hati dengan hasil kabinet dapur tersebut…nak kata berpuas hati 100% tuh tidaklah, PM bagi 90% lah…tapi masih dalam kategori cemerlanglah kiranya…:)

Tujuan entry ini dibuat bukanlah nak menunjuk-nunjuk harga kabinet dapur di rumah PM…PM pasti ada banyak lagi kabinet dapur yang jauh lebih mahal dan cantik…kabinet dapur PM tuh biasa-biasa jer…nak buat lebih mahal dan cantik tak mampu…yang ini pun dah syukur alhamdulillah

Korang boleh cuba bukak Facebook RZ Cabinet..kat dalam tuh terdapat beberapa contoh kabinet dapur yang pernah mereka buat…manalah tau jika berminatkan…pada PM harga yang mereka tawarkan agak berpatutan…

* Nasib baiklah ruang dapur di rumah PM tuh tidak luas sangat…kalau ruang dapur luas pasti kabinet dapur pun kenalah besar juga…bila dah besar pasti lebih mahal…pening kepala dibuatnya…huhu

55 thoughts on “Kabinet Dapur Murah

  1. Mama Adam

    entry mcm ni bagus untuk rujukan. mana tau ada pembaca yg nk mencari kontraktor…. jadi, PM bntu memberi mereka lebih pilihan.

    tp, mmg cantik pun cabinet tu

    Reply
  2. Ismaliana Sulaiman

    apa khabar PM..rindu mifz.. dah lama x singgah ke sini… cantik dah kabinet ni PM mesti wife PM b’semangat nak masak2 kan… :)

    Reply
  3. che mid

    kalau daur cantik,lagi semangat nak memasak dan makan-makan. menu mestilah setara dengan kecantikan kabinet baru kan.. enjoy!

    Reply
  4. aanie

    berapa kaki ni? sy rasa murah la tu kalau total semua sekali….sy berkenan dgn wall tile tu…dulu x smpt nak buat wall tiles…huhu…

    Reply
  5. Knor

    suami kak banyak kali dah kata nak buat sendiri..almarilah cabinetlah..sampai la tak buat2..

    rumah ku syurga ku..kan apa salahnya klau nak mencantikan rumah..berbaloilah dgn harga tu

    Reply
  6. maszmadi

    teringin nak ada KC tapi belum berkemampuan, biar murah tapi kualiti tetap kena jaga kan… yang penting puas hati…

    Reply
  7. m.u.l.a.n

    jgn yg terlalu murah sebab takut quality tak elok… tpa mesti nak kena yang praktikal & ikut kehendak hati kita kan..

    Reply
  8. Kakzakie

    Wah… pada akak dah cantik sangatlah tu PM. Kalau kakak puas hati dapat macam ini. MamaMifz mesti seronoklah masak di dapur kan… tambah rajin:)

    Reply
  9. Teratak Hami

    Nice kitchen!!!

    Buat KC ni hanya sekali, nak pakai bertahun-tahun. Kualiti diutamakan. Dan make sure dapur berasap. Kang dah buat KC cantik2, tak berasap. Akak la tu .. hehe

    Reply
  10. lady gamer

    terima kasih atas perkongsian link kontraktor…memang sedang mencari cari gak kontraktor2 yang ada untuk buat perbandingan….

    Reply
  11. Maz

    baguslah sharing is caring kan…harga tu org leh la tau bajetnye mcm saya ni…table top same mcm saya je tiles putih…bru buat table top je dlu tak cukup bajet dlu…ni ingat nak buat kabinet tu yg google jupe PM pny blog..thanks yer!

    Reply
  12. Pingback: Kabinet Dapur dan Bilik Mandi Hello Kitty | PaPa MiFz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge