Cara Tidurkan Anak

on 11 January 2013

As salam semuo...

Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri untuk menidurkan anak masing-masing...kan..??


Sejak Mifz dalam perut lagi PM dan wife sudah membuat keputusan untuk tidak tidurkan Mifz di dalam buaian...takut apabila sudah biasa tidur dalam buaian, nak pergi bercuti contohnya, leceh pulak nak usung buaian tuh ke hulu-hilir...biasanya PM lihat sesetengah budak yang sudah biasa tidur dalam buaian, apabila tiada buaian, kamain susah nak tidur...

Sejak Mifz lahir hingga umurnya lebih kurang 2-3 bulan, teknik yang PM dan wife lakukan untuk menidurkannya ialah teknik dodoian...tapi teknik nih agak meletihkan...kalau dodoi 5 minit terus tidur takpe, dah setengah jam pun tak tidur-tidur juga ha lenguh tangan dibuatnya...hehe

Akibat lenguh tangan, maka PM dan wife membuat keputusan untuk menukar teknik...kali ini teknik yang dipraktikkan ialah teknik letak dan lihat...hehe kami hanya perlu letak Mifz dalam baby court dan biarkan dia tidur dengan sendirinya apabila sampai waktunya...

Dan cara nih terbukti berkesan...memanglah sebelum Mifz nak tidur tuh dia seakan gelisah, tapi PM pernah terbaca yang ianya normal untuk budak sebelum tidur dia seakan gelisah kerana sebenarnya mereka sedang mencari posisi yang selesa untuk tidur...

Sekarang pula Mifz telah tidur sekatil dengan PM dan wife...kami masih praktikkan cara yang sama untuk tidurkan Mifz...apa yang perlu PM dan wife buat hanya baring di sebelahnya seakan-akan kami sudah tidur...Mifz akan ajak bermain, ajak menyanyi, Mifz akan memanggil-manggil...tapi PM dan wife tidak melayannya seolah-olah kami sudah tidur..apabila dia tengok takde respon dari papa dan mama nya, selang beberapa ketika Mifz pun akan tidur...hehe

Tapi sebelum tidurkan Mifz kami akan pastikan dulu katil berada dalam keadaan yang selesa, suasana bilik yang gelap, berhawa dingin, suasana senyap dan yang penting perutnya tidak lapar...

Alhamdulillah, bukan menjadi masalah untuk menidurkan Mifz...waktu tidurnya teratur dan mengikut masa...tapi kadang-kadang apabila balik kampung dan terdapat ramai sepupu-sepupunya, Mifz akan leka bermain...ha time nih nak tidurkan dia memang payah...haha

Ranking: 5

{ 27 comments... read them below or add one }

Mama Adam said...

Bagus cara nih... mmg berkesan kan?


January 11, 2013 at 7:12 AM
Nurulhuda Abdul Latip said...

samalah teknik kita..tapi mungkin anak2 kita senang nak tido so dari baby letak je memang dia terus tido..


January 11, 2013 at 7:25 AM
faraherda.razalan said...

Aydin tido buai tp nasib kami baik. Dia juga senang tido bwh. Heeee~

Alhamdulillah!


January 11, 2013 at 8:31 AM
lia said...

buaian mmg big no-no utk anak2 saya sbb renyah hu3


January 11, 2013 at 9:04 AM
syawalsimpsons said...

mmg sama la...kami pon sama buat tak layan je bila syawal sebok dok ajak main...tp syawal N izz dari kecik mmg tido meniarap sampai la sekarang


January 11, 2013 at 9:09 AM
Sop said...

tunggu anak mengantuk paling baik.. kalau siang byk tido mmg malm susah kan?
sop biasa bg penat betul2 baru senang.. hehhe


January 11, 2013 at 10:27 AM
diana said...

anak akak tidur buai boleh.tidur kat bawah pun boleh..yang penting dia dapat tidur..dia memang suka tidur..hahah


January 11, 2013 at 10:43 AM
Qaseh Suhaida said...

semua cara2 yg PM guna sebenarnya utk mendidik anak2 kita spy bila smpai waktu tidur kenalah tidur. Barulah senang kita sebagai ibu bapa untuk menjalankan tugas-tugas yang lain.


January 11, 2013 at 10:57 AM
Ema Blog said...

kalau dah dibiasakan tidur buai memang menyusahkan..lebih2 bila nak balik kg...satu buai dah penuh bonet...ema pun tak biasakan anak-anak tidur dalam tu.


January 11, 2013 at 11:12 AM
Daddy Ziyyad said...

amboiii..tido sambil senyum tu...tido dalam imannnnnnnnnnn...hihihih..

betul, pakai buai mmg melecehkan, dan bukan setakat leceh, ianya merbahaya.


January 11, 2013 at 11:21 AM
Murni Alfathunnisa said...

ooo..papa & mama pura2 tidur ye...nanti nak bagitau mifz...hehehe...

strategi yang menjadi la kiranya. bagus jugak. boleh digunapakai.


January 11, 2013 at 11:43 AM
Knor said...

samalah dgn kak..buaian tak elok..nti nak pg tidur rumah org lain..nak angkut buaian bagai..


January 11, 2013 at 12:00 PM
Rai Ourkizuna said...

kami pun dari awal tak tidurkan anak2 dalam buai..leceh nak bawak ke mana mana..yg sulung kalau dah main payah sikit nak tidur..tapi adik dia mudah sikit..kalau dah time dia tidur tu kat mana mana pun boleh tidur..hehe..


January 11, 2013 at 1:21 PM
CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah.. sonang bonar si Mifz tido... papa n mama lagi sonang nak membuto hehhee :D


January 11, 2013 at 1:24 PM
Fadilah Aziz said...

Huhu, saya still pakai buai waktu siang la sebab baby selalu meragam..tapi malam selalu boleh pulak tidur kat katil macam biasa


January 11, 2013 at 1:53 PM
RedRose said...

I have a dotter of 3 years old. now ni, sgt susah nak tido mlm. she could hold herself without sleeping till da next day which I think very unhealthy. tapi after subuh je, start lah menyangap bagai n tido sampai ke ptg. wpun sebulan sekali aje akan berlaku, still I don't like it.
me and hubby dah takde istilah buat2 tdo dah...mmg tido betul sbb xlarat nk berjaga. tapi hampeh, dia tetap jugak tak tido. wut to do? I tadah tgn aje lah. T__T


January 11, 2013 at 2:17 PM
Ibu Mifzal Arsyad said...

cara yang menarik tu...boleh dipraktikkan


January 11, 2013 at 3:54 PM
tehr said...

pengalaman mengajar kita untuk bertindak
anak sulung aku dulu ada juga guna buaian
jujurnya memang sukar bila hendak ke mana2


January 11, 2013 at 5:08 PM
Nakusan Bali Technology said...

info yang bermanfaat banget buat orang yang sudah mempunya bayi.


January 11, 2013 at 5:11 PM
HeNRieTTa JoSe said...

Mcm mcm cr kan....tp rmai gak kwn rietta yg mmg xksi ank dorg tdo dlm buai...sng nk kemana mana katanya...

Pss....thanks awk....


January 11, 2013 at 7:20 PM
Mas Zull said...

assalamualaikum papamifz...menarik info ini n bagus buat ibubapa yg baru mempunyai anak...:)


January 11, 2013 at 10:00 PM
beckhrooy said...

boleh jadi panduan untuk ibubapa


January 12, 2013 at 1:57 AM
ieda said...

banyak cara yg boleh dipraktikkan utk tidurkan anak nie .. semua terpulang pada individu ..

bagi yg ada sorang anak boleh koot dodoi lama2 .. kalau yg ramai tuu x koot ekek .. akhirnya biarkan sahaja .. bila ngantuk mereka akan tidur lah ;)


January 12, 2013 at 10:37 AM
mamawaiz said...

budak2 mmg cam tu kan pm..dah bisa main sorang2, lepas tu jumpa cousins..haii mmg payah lah nak tido. cousin pulak rajin melayan main..hehe


January 13, 2013 at 10:10 AM
qadar said...

masa 1 anak pun buat camni jugak maklumlah isteri tak keje. tpi bila da anak kedua pakai buai sebab isteri keja.sekrang plak anak ketiga,rapat2 lak tu.


January 13, 2013 at 10:21 PM
♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam PM..
yup. betui tu..cma dulu tidokan anak dlm buaian..mmg agak pyh bila nk travel kesana kemari..tp alhamdulillah..mereka berdua dah bebas buaian sekarang..

tq for the tips :)


January 15, 2013 at 3:41 PM
akubiomed said...

Saya pun ajar-ajar anak tidak mengunakan buaian. Susah kalau hendak ke mana-mana perlu bawa buaian bersama.


January 15, 2013 at 8:27 PM

Post a Comment

 
© PaPa MiFz All Rights Reserved