Happy Birthday Adam

on 31 March 2012

As salam semuo..


Hari nih abang ipar gua..abg wife gua..buat majlis sambutan hari lahir ke-2 tahun anak nyer..anak keduo nyer..Adam namo anak nyer..


Adam nih sebayo Mifz..beza bulan..Adam tuo 7 bulan dari Mifz..


Disebabkan ado 2 kek so 2 kali la sesi memotong cake tadi..hehe


Ramai gak tetamu yang hadir..gua tak sempat nak ambik gambar byk2 sebab sibuk memberi tumpuan pado makanan yang terhidang..hehe


Pado Adam..semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh nanti..amin..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Samsung Galaxy SII vs Samsung Galaxy Nexus

on 30 March 2012

As salam semuo....

Entry nak mintak pendapat....nak tanyo la pado yang tau....maybe pernah guno ke...or maybe sedang guno ke...

 Samsung Galaxy SII


Samsung Galaxy Nexus



Antaro Samsung Galaxy SII dan Samsung Galaxy Nexus mano lebih bagus ek?? Mano yang best ek??

Yang mano menjadi pilihan hati korang?? Sertakan sebab2 nyer sekali...:)


Sepupu Baru Mifz

As salam semuo...

Alhamdulillah jam 3.16 pagi tadi kakak wife gua selamat melahirkan seorang baby lelaki di PPUM....anak ketiga beliau...termasuk nih...kesemuo nyer hero anak beliau...hehe



Gambar nih gua cedok dari facebook suami nyer...namo baby tak sure...tak di nyato kan lagi...berat baby nih 3.55kg...wow besar gak kan....

Yeah Mifz dah ado sepupu baru....:)

Lori Pasir

on 29 March 2012

As salam semuo..


Lori pasir pertamo Mifz..sambil menolak & menarik lori tuh sambil mulut Mifz membebel ' VOOOM VOOOM VOOOM ' ...


Tapi itu bunyi kereto lumba nak..lepas nih keno ajar bunyi lori pasir la nampaknyer..


Tapi macam mano bunyi lori pasir ek?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiger Biskuat

As salam semuo..


Sekarang nih biskut Tiger Biskuat menjadi kegemaran teramat sangat pado Mifz..sekali makan 3-4 keping habis la..


Nak2 sekarang dah pandai memintak..nak jer then Mifz tunjuk biskut tu then dio sebut 'NAK NAK NAK'..


Korang pernah makan tak biskut tiger nih? Layanz jugak weh pekena biskut nih..hehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

WW#35 : Akibat Potong Rambut Ketika Mifz Tidur = Senget

on 28 March 2012




Pemenang Yang Bakal Terima FM Tioman Esok

As salam semuo....

Sebelum nih gua dah send FM kepado 3 pemenang...mereka ialah Fabulous Me , Mama Aini dan Ikatankasihku .....alhamdulillah mereka semuo dah dapat FM tuh...

Hari nih gua send lagi kepado 4 orang pemenang lak....maaf la yer gua send berperingkat-peringkat...huhu lambek bonar kan.... jangan marah yer kawan-kawan...:)


Kepado Mak Encik | SZ , e.l.i.s.s.m.i.e , Huda dan Cikgu Ma ....insyallah kamu semuo akan dapat FM tu esok yer...;)

Kepado yang masih tak dapat tuh...terus menunggu yer...maaf la sangat-sangat yer....huhu

Hari Ini Mifz Dijaga Baby Sitter Baru

on 27 March 2012

As salam semuo...

Hari ni 1st day Mifz dijago oleh baby sitter baru....baby sitter nih jiran berhampiran rekemen kan...rumah nyer pun dekat jer dengan rumah gua sekarang nih...orang nyer pun gua tengok ok...

Harap baby sitter baru nih akan jago Mifz dengan baik & penuh dengan kasih sayang...semoga dio anggap Mifz tuh macam anak dio sendiri...amin...

Baby sitter nih ado sorang anak lelaki jer...berumur 6 tahun...

Hari nih gua kerja and wife lak kerja shift petang....so makno nyer baby sitter tuh akan jago Mifz dari pukul 1 tengah hari jap lagi hingga pukul 10 malam nanti....ha tengok waktu kerja macam tuh...memang susah sangat nak cari baby sitter yang boleh ikut timing waktu kerja kitaorang nih...

Mulo2 pun baby sitter nih takmo....dio nak jago normal working hour jer...then gua pujuk plus bayar lebih sikit then dio nak la....gua bayar Rm400.00 sebulan...samo macam gua bayar baby sitter lamo...

Tapi dulu baby sitter lamo Sabtu & Ahad pun sanggup jago...yang baru nih tak boleh jago pado Sabtu & Ahad...dah takdo pilihan...Sabtu & Ahad gua & wife pandai2 la arrange roaster kerja...takpo la bayar lebih sikit dengan harapan dio jago Mifz dengan elok la...amin...


Nike Factory Store di Genting Highlands

on 26 March 2012

As salam semuo..

Jalan-jalan sekitar First World Plaza then terperasan lak Nike Factory Store..terletak di level 2B..dulu raso nye macam takdo..entah la mungkin jugak gua tak perasan sebelum nih..

Asal nyer just nak cuci-cuci mato jer..tapi masing-masing tak tahan dengan godaan..huhu





Akibat nyer terbeli la 2 pasang kasut..yang tengah tu gua punyo..RSP RM209.00..after diskaun dapat RM99.00..

Kasut yang melentik baik punya tuh pilihan wife gua..RSP RM119.00..after diskaun dapat RM99.00..

Kali nih tak beli untuk Mifz sebab takdo kasut untuk baby kat situ..

Mifz Seronok Di Genting Highlands



As salam semuo..

Tengah hari semalam gua sekeluarga selamat sampai di Genting Highlands..

Sampai je terus check in bilik then bawak hero gua pergi main main kat dalam theme park..kamain seronok Mifz..bilo Mifz seronok papa & mama nyer turut la seronok..;-)

Akibat keletihan melampau Mifz tidur lena seperti gambar di atas..;-)



* gua dah send FM Tioman kepado 3 pemenang pertamo dalam list gua itu hari, yang lain bakal menyusul, gua send berperingkat, maaf lambat yer..

Lelaki Takut Diperkosa Wanita

on 24 March 2012

As salam semuo....

Bilo gua baco tajuk berito nih gua dah nak tergelak dah...then baco lak 2-3 perenggan pertamo tersembur nasi gua makan tadi...haha

Tapi bilo keep on baco...seram jugak la...harap golongan macam tu takdo la kat Malaysia nih...amin...


MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.

Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.

Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.

Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.

Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.

"Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.

"Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."

Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.

"Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.

Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.

Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.

Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.

"Perkara ini telah lama berlaku," katanya.

Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.

"Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.

Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP


sumber :
Kosmo

Jom Esok Ke Genting Highlands

As salam semuo...

Semalam seharian tak ke udaro...agak menyibuk kan diri semalam....

Insyallah esok gua akan ke Genting Highlands....lagi...last pergi bulan Oktober last year...sajo nak bawak Mifz bermain kat taman tema tuh...

Last Oktober maso pergi dulu Mifz baru berjalan....maso tuh lesen 'L' lagi...kali nih nak pergi lagi sebab dah dapat lesen 'P' pulak....haha

Kali nih duk dekat First World Hotel jer....gua book online...promotion...rm68 per night....

Ado sesapo yang pergi Genting Highlands esok atau luso....leh jumpo kat sano nanti...:)

Nak Mengurat Awek Bagi Handphone

on 22 March 2012

As salam semuo...

Sebelah kedai gua nih ado sorang adik nih...kerja part time kat kedai haiwan...baru lepas ambik result SPM semalam....

Dio agak rapat la dengan staff2 gua....kadang2 pun lepak kat kedai gua nih borak2 dengan staff2 gua...

Tadi dio menangis luah kan perasaan dengan salah seorang staff gua...menangis ketakutan....sebab ado sorang mamat yang minat kat dio bagi handphone kat dio...tapi handphone tuh dalam kotak lagi...sampai sekarang dio tak berani bukak....

Mamat tuh baru jer dio jumpo semalam...tuh pun sebab mamat tuh beli makanan kucing...tapi tak sure la betul2 ado kucing ke tak mamat tuh...ke just taktik jer nak berkenalanan dengan adik tuh...

Hari nih mamat tuh hantar orang suruh passkan handphone tuh...

Wah hebat yer zaman nak mengorat sekarang....siap bagi handphone bagai....

Cameron Highlands : Taman Agro Tourism

on 21 March 2012

As salam semuo...

Last entry di Cameron Highlands yer....hari terakhir di sano sebelum balik singgah jap di Taman Agro Tourism juga dikenali Big Red Strawberry Farm di Brinchang....dekat jer dengan chalet yang kitaorang duduk...

Oh lupo sebelum ke sano...singgah Kea Farm jap....last minit shopping cendermato & sayur2an + buah2an untuk di bawak balik...

Gambar sekitar Kea Farm :-





Then dari situ kitaorang pergi Taman Agro Tourism @ Big Red Strawberry Farm...tempat yang menarik jugak untuk dilawati....agak luas kawasan nyer...

Gambar sekitar Taman Agro Tourism :-






















Pado gua Kea Farm dan Taman Agro Tourism adalah antara tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang wajib korang lawati....

Then dari situ terus balik meninggalkan Cameron Highlands...keseluruhan nyer percutian yang menarik di samping keluarga...insyallah akan ke sano lagi...:)


* maaf kalau gua lambat ke blog korang...lately agak sibuk...tapi gua pasti akan sampai...lambat ngan cepat jer...:)

Untuk mengetahui tempat menarik di Cameron Highland yang lain boleh klik SINI

3 Malam

on 20 March 2012

As salam semuo..

Sekarang nih gua kat IJN menunggu wife gua habis kerja..lamo jugak dah tak jemput & hantar wife gua ke tempat kerja..

Gua dari Seremban tadi..Mifz tidur Seremban 3 malam start hari nih..dengan atuk & nenek nyer..

Baby sitter Mifz dah larat jago Mifz..kandungan makin membesar..wat to do..sementaro waktu duduk dengan baby sitter baru next week terpakso la tinggalkan dengan atuk & nenek nyer..

Bukan takmo cari taska..sebab insyallah bulan 6 nak pindah dah..kang leceh lak..kesian lak kat Mifz..dah pindah nanti baru nak cari taska untuk Mifz..

Baby sitter baru nih pun dekat jer dengan rumah gua sekarang nih..orang rekemen..harap semuo nyer berjalan dengan lancar la..harap bakal baby sitter baru nih jago Mifz dengan elok la..amin..

3 malam tanpo Mifz disisi..huhu

Mama & Papa miss you son! !

Apabila Mifz Dah Besar Nanti

on 19 March 2012

As salam semuo..


Tadi gua bawak hero gua ke kedai jap sebab ado urusan sikit..sambil2 tuh gua pakaikan la Mifz beberapo cermin mato..sikit pun Mifz tak minat pakai cermin mato..hehe


Bilo dipakaikan automatic tangan dio cabut kan cermin mato tuh balik..hehe Mifz just suko belek2 jer cermin mato tuh..


Mungkinkah dah besar esok Mifz akan ikut jejak papa nyer dalam bidang optik..itu terpulang la pado Mifz..janji dah besar esok belajar rajin2 then pilih la bidang apo pun janji kerja yang bagus dan halal ;-)


Pado gua kito tak semesti nyer akan berjayo dalam bidang yang kito minati..minat itu boleh ditanam dalam diri kito..usaha dan niat tuh yang penting..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Cameron Highlands : Kea Farm

on 18 March 2012

As Salam semuo....

Selepas minum teh kat BOH Sungai Palas Tea Centre , kitaorang menuju ke Kea Farm pulak....mak gua nak cari kan t-shirt2 untuk cucu2 nyer....




Sambil2 dorang memilih2 tuh...gua bawak Mifz ke tepi jalan tengok2 lalu lintas sepanjang Kea Farm tuh..










After dah tak larat dukong Mifz kat tepi jalan tuh...terjumpo lak satu kawasan lapang...berehat la sekejap dengan Mifz kat situ...sambil2 tuh Mifz jadi model jap...







Amacam aunty2 & uncle2....setailo tak Mifz??

Untuk mengetahui tempat menarik di Cameron Highland boleh klik SINI

 
© PaPa MiFz All Rights Reserved