Rabun Jauh

As salam semuo…

short sighted Rabun Jauh

Rabun jauh juga dikenali sebagai myopia…Seseorang yang menghidapi rabun jauh tidak mampu fokus dengan baik objek yang jauh, tetapi mampu melihat objek dekat dengan jelas…Ini mungkin kerana kornea anda terlalu melengkung atau biji mata anda terlalu panjang…Ini menjadikan ia lebih sukar untuk mata anda untuk menumpukan cahaya secara langsung pada retina anda…Jika sinaran cahaya tidak jelas tertumpu pada retina anda, objek yang anda lihat akan kelihatan kabur…

Simptom Rabun Jauh

Kanak-kanak biasanya tidak sedar mereka mengalami masalah rabun jauh…Tanda-tanda anak anda mengalami masalah rabun jauh ialah :-

  • mengecilkan mata apabila melihat objek jauh
  • menonton TV pada jarak yang dekat
  • menghadapi masalah melihat dengan jelas papan putih ketika di sekolah
Sakit kepala dan eyestrain juga salah satu daripada simptom rabun jauh, tapi ianya jarang berlaku…Jika anda mengalami rabun jauh pada usia yang muda, adalah lebih baik menukar cermin mata dan kanta sentuh secara kerap…rabun jauh biasanya akan berhenti dari terus meningkat pada usia anda mencecah usia 20-an…
Pemeriksaan Mata
Jika anda mengalami masalah untuk melihat objek jauh, sila pergi mendapatkan pemeriksaan mata dengan optometris dan juruoptik yang berdaftar…Dalam proses pemeriksaan mata itu biasanya anda akan di suruh membaca huruf atau nombor yang terdapat pada sebuah carta pada jarak 6 meter…carta itu dipanggil Snellen Chart..Snellen Chart memaparkan huruf-huruf yang besar pada bahagian atas dan huruf-huruf yang kecil pada bahagian bawahnya…
Adalah amat penting untuk mendapatkan pemeriksaan mata secara berterusan…pemeriksaan mata sangat cepat untuk dilakukan dan ianya tidak menyakitkan…
Rawatan Masalah Rabun Jauh
Masalah rabun jauh boleh diatasi dengan memakai cermin mata dan kanta sentuh…Kanta cekung, di dalam sepasang cermin mata atau kanta sentuh mampu membantu agar cahaya fokus tepat ke arah retina…jika masalah rabun jauh anda tidak teruk, cukup sekadar memakai cermin mata atau kanta sentuh ketika bila perlu sahaja, contohnya ketika memandu ataupun ketika menonton TV…
Kanta sentuh biasanya lebih mahal dari cermin mata, semestinya anda perlu berasa selesa ketika hendak masukkan kanta sentuh ke dalam mata…anda juga perlu memastikan kanta sentuh sentiasa berada dalam keadaan yang bersih sepanjang masa…
Untuk kanak-kanak, pemakaian cermin mata adalah yang terbaik…pada usia yang muda sudah pasti mereka tidak mampu menjaga kanta sentuh mereka dengan baik dan bersih…
Selain dari cermin mata dan kanta sentuh, rabun jauh juga boleh diatasi melalui kaedah :-
  • Laser Refractive Surgery
  • Intraocular Lens Insertion
  • Radial Keratotomy
  • Intracorneal Rings

26 thoughts on “Rabun Jauh

  1. samdaddycool

    Banayak term yang baru dengar pertama kali dalam entri ni. alhamdulillah, mata saya masih elok, cuma ada sikit ‘silau’

    Reply
  2. Ema Blog

    sejak sekolah menengah dah rasa rabun jauh..tp tak cuba pun pakai cermin mata…bila belajar di kolej..langsung kabur terus…dan terpaksa pakai cermin mata..

    Reply
  3. Pingback: Kanak-kanak Dan Rabun Jauh | PaPa MiFz

  4. Pingback: Aku Rabun Silau | PaPa MiFz

  5. Pingback: Punca Pening Kepala | PaPa MiFz

  6. Pingback: Bagaimana Cara Hendak Rabun...??? | PaPa MiFz

  7. Pingback: Contact Lenses Terbaik | PaPa MiFz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge