Tebus Mata Ganjaran Bonuslink Anda

As salam semuo…
BonusLink heading Benefits2 Tebus Mata Ganjaran Bonuslink Anda

Korang ada kad Bonuslink tak?? Pada yang ada, korang tau tak yang mata ganjaran kad Bonuslink nih ada expiry date??

Yup betul…mata ganjaran Bonuslink sememang nyer ada expiry date…maksud nyer jika korang tak tebus mata ganjaran tuh dalam waktu-waktu tertentu maka mata ganjaran tuh akan ghaib dengan sendiri nyer…oleh itu tebus lah mata ganjaran tersebut supaya tidaklah terasa rugi sangat…kalau asyik kumpul mata ganjaran jer tapi tak tebus maka satu kerugian di situ…

Sebenar nyer terdapat banyak tempat atau kedai yang korang boleh tebus mata ganjaran Bonuslink secara on-the-spot…antara nyer kedai elektrik Onking, farmasi Caring, kedai cermin mata Focus Point dan macam-macam lagi…

BLiots thumb Tebus Mata Ganjaran Bonuslink Anda

Jika di Focus Point contoh nyer, 960 mata ganjaran korang boleh dapat RM10.00 voucher…bayangkan jika korang ada 10,000 mata ganjaran, maka korang boleh dapat voucher bernilai RM100.00…boleh tebus beli cermin mata hitam kegemaran…:)

Tiba-tiba teringat semasa PM kerja di Focus Point 1 Utama, ada satu customer PM nih mata ganjaran kad Bonuslink nyer cecah ratusan ribu mata…dia tebus beli cermin mata hitam berjenama Oakley…dia tak keluar duit satu sen pun…!! Malah selepas tebus mata ganjaran untuk beli cermin mata hitam Oakley tuh, baki mata ganjaran kad Bonuslink nyer masih ratusan ribu…!!

PM buat entry nih bukan apa, sebab kebanyakkan dari customer PM tak sedar pasal tebus mata ganjaran nih…bila PM ceritakan nyer baru lah tiba-tiba bersemangat untuk tebus mata ganjaran…:)

37 thoughts on “Tebus Mata Ganjaran Bonuslink Anda

  1. Kakzakie

    Kakak baru redeem tapi ambil beg sandang dan botol air anak. Kakak suka redeem barangan dapur sebenarnya PM. Tapi kadang ikut juga kehendak anak.

    Reply
  2. Papa Mifz

    @Daddy Ziyyad mamat tuh beli Oakley Juliet doc, cecah seribu gak harga nyer…;)

    spek hitam boleh jer nak buat power, tapi dinasihatkan jangan pilih spek hitam yang terlalu besar atau terlalu ‘curve’…kalau power tak tinggi sangat ok jer kalau nak pilih spek yang besar atau ‘curve’…:)

    Reply
  3. mamawaiz

    oh yeke..sy ingat kena tebus kat bonus link je. sy baru je pon tadi..tebus voucher kfc je pon. dan mmg banyak point yg expired..tak tau pon..emm syg betul.

    nak tau jugak..kalau kes customer tebus point n amik spek okley td, sape yg byr spek tu ke focuspoint? bonus link lah yer?

    Reply
  4. Daddy Ziyyad

    Mak ai…gila byk point mamat tu..boleh tebus beli Oakley! Oakley ni kalau kat australia pun mahal jugak..tapi dalam 2-3 ratus dah dapat..hahaha..Bro, nak tanya, boleh buat ke spek hitam siap ada power?

    Reply
  5. alicia narin

    kat mane nak tengok exp date ganjaran ni? nk cek kat mane ye? dari tahun 2011 sampai sekarang xtebus lagi. boleh bagi pendapat bernas?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge