As salam semuo...
PM just nak share caro mudah elak nafas berbau :-
1) Gunakan ubat gigi berflorida kerana ia berperanan penting dalam mengawal plak serta mengukuhkan selaput luar gigi. Penggunaan ubat gigi berperisa pudina juga bagus kerana ia mengeluarkan lendir di bahagian rahang dan juga rongga hidung. Hasilnya nafas tidak lagi berbau bahkan bertambah segar.
2) Kebanyakkan kita masih lagi belum dapat membiasakan diri dengan penggunaan flos yang berkesan dalam membersihkan sisa-sisa makanan yang terdapat pada celahan gigi. Jika ini dibiarkan, makanan yang terkumpul itu akan bertindak balas dengan enzium air liur sekali gus mengakibatkan nafas berbau.
3) Selain itu bersihkan juga bahagian lidah kerana di situlah terkumpulnya sisa makanan yang menjadi makanan bakteria. Untuk membersihkannya dengan lebih berkesan, gunakan bahagian khas berus gigi yang dinamakan tongue scraper.
4) Makanan yang diambil turut mampu memberikan kesan dalam situasi ini. Untuk itu, berpada-pada dengan pengambilan makanan yang mengandungi banyak bawang, bawang putih dan juga makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Bagi penggemar ulam-ulaman, elakkan makan yang menyebabkan bau kuat seperti petai dan jering. Gantikan ia dengan ulam yang tidak meninggalkan bau yang kurang menyenangkan iaitu pegaga atau pun ulam raja.
5) Pastikan waktu makan juga teratur dan jangan menahan lapar untuk jangka masa yang lama kerana ia juga ialah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah nafas berbau. Apabila perut kosong, asid di dalam perut akan bertindak balas dengan sisa makanan sekali gus membuatkan nafas berbau.
6) Mungkin sudah menjadi tabiat sebahagian daripada kita yang gemar memakan gula-gula untuk menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan. Bagaimana pun tindakan itu sebenarnya boleh mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk. Ini kerana sisa gula-gula akan merosakkan gigi kerana ia menggalakkan pengeluaran air liur serta pembiakan bakteria.
7) Untuk mengatasi atau mengurangkan masalah ini, gunakan ubat kumur bagi menyegarkan nafas. Selain itu tidak salah untuk mencuba petua-petua tradisional kerana ia juga boleh membantu. Antara yang sering diamalkan ialah mengunyah cengkih dan meminum air rebusan kacang hijau.
Semoga tip-tip ini akan menghindarkan kito daripada masalah mulut berbau sepanjang mengerjakan ibadah puaso yer...
Sumber : Majalah Dewi & Keluarga

{ 17 comments... read them below or add one }
nice sharing
July 22, 2012 at 12:26 AM
Ym dh jd rutin setiap pagi kne guna listerine, klu tak rasa semcm jer, tak fresh!hikss...:-)
July 22, 2012 at 1:23 AM
Hihihi.... Kalo Malas Mcm mana? M A pulak mmg 6 Bulan sekali Mesti Cuci gigi. Gigi Sihat, Gusi Sihat ok la. Tapi, Kalo mkn petai, mmg la bau. Sesekali.
July 22, 2012 at 5:32 AM
Nice info...tq for sharing.
July 22, 2012 at 5:47 AM
selepas makan tu, terus berkumurlah..=)
gunalah Colgate!=p
July 22, 2012 at 7:32 AM
selamat berpuasa...thanks for d tips
July 22, 2012 at 8:49 AM
salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati
July 22, 2012 at 9:10 AM

TQ2 for the info... teknik ni bley guna sempena bulan puasa ni... ehehe
July 22, 2012 at 11:05 AM
Tips yang sangat bagus.. :)
Salam Ramadhan Al-Mubarrak.. Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga beroleh rahmat, maghfirah dan barokah.. Aminnn.. :)
July 22, 2012 at 11:32 AM
ok. kena hati-hati la lepas nih..
July 22, 2012 at 1:27 PM
hehe..jgn becakap byk la time pose yea..
July 22, 2012 at 1:57 PM
salam ramadhan..
July 22, 2012 at 2:52 PM
Saya selalu mengunakan ubat kumur setiap kali selepas memberus gigi. Mulut berbau adalah sesuatu yang kurang menyenangkan.
July 22, 2012 at 3:10 PM
nice sharing...selamat berpuasa..
July 23, 2012 at 6:14 AM
bab bau bawang tu.... tak tahan bila naik komuter hujung minggu...
nasib baik skrg tren tak bercampur
July 23, 2012 at 8:59 AM
gud info..
tq for sharing.
ye la..kdg ade juga rasa nafas berbau time pose ni.ade mase xde..
July 23, 2012 at 9:02 AM
Post a Comment