Wordless Wednesday - Nasi Arab Damsyik

on 22 May 2013



Wajarkah Hantar Anak ke Tadika Pada Usia Yang Muda?

on 21 May 2013

As salam semuo...

Lihat gaya Mifz seperti budak tadika kan? Pantas masa berlalu dah semakin bujang hero PM dan wife seorang nih...

Itu gambar ketika hendak pulang melawat Atuk dan Nenek Serembannya...

Mifz semakin bijak sekarang seiring dengan usianya...beberapa patah perkataan mampu disebut dengan sangat jelas...

Nak minta pandangan kawan-kawan semua...bagus ke hantar anak ke tadika pada usia yang muda? Mungkin ke jika hantar pada usia yang terlalu muda di kemudian hari dia akan cepat jemu belajar? Jika dulu seperti PM hanya ke tadika pada usia 6 tahun , sudah tidak sesuai lagi ke pada zaman ini?

Mohon pendapat kawan-kawan yang berpengalaman kongsi kesan positif dan negatif hantar anak ke tadika pada usia yang muda...terima kasih...;-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Apabila Iron Man 3 Diserang Haiwan Liar

on 20 May 2013

As salam semuo...

Fuh terasa lama pulak blog nih tak berupdate , sejak kebelakangan nih terasa sibuk pula...huhu Insya-Allah PM cuba sebaik mungkin untuk mengupdate blog kesayangan nih...

Hari tuh semasa balik Seremban , PM bawa Mifz ke sebuah pasaraya Family Store , terletak berdekatan dengan rumah mak ayah PM...

Seperti biasa Mifz akan pow Papa atau Mamanya , nasib baik pow mainan yang bawah RM10.00...hehe dia hendak kan set mainan haiwan , terdiri daripada patung harimau , singa , zirafah , unta , harimau bintang dan kuda...

Mangsa pertama haiwan-haiwan tersebut ialah Iron Man 3...




Kesian kat Iron Man 3 tuh kan...hehe

Yup sekarang Mifz sudah pandai bergambar...apabila disuruh senyum dia senyum , apabila disuruh buat " peace " dia akan buat " peace "...

Tempat Menarik di Melaka

on 16 May 2013

( UPDATED )

As salam semuo...

Tempat menarik di Melaka | pasti ramai antara kawan-kawan semua yang pernah bercuti ke Melaka kan...?

Dalam entry nih PM akan sharekan beberapa tempat menarik di Melaka yang telah PM lawati sejak dari zaman bujang sehinggalah ke zaman bergelar seorang ayah...Melaka antara negeri yang mempunyai paling banyak tempat menarik yang boleh dilawati...

A'Famosa Resort



Tarikan utama jika berkunjung ke A'Famosa Resort ialah Safari Wonderland, Water Theme Park dan Cowboy Town...

Menara Taming Sari



Sebuah menara yang berpusing, dapat melihat hampir keseluruhan bandar Melaka dengan jelas apabila berada di puncak...

Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai



Setiap kali pergi ke Melaka pasti PM tak lepaskan peluang untuk menikmati makanan laut yang segar di Umbai...

Istana Kesultanan Melaka




Seronok juga berada di dalam Istana Kesultanan Melaka, kita boleh tahu serba sedikit tentang sejarah kesultanan dan pahlawan-pahlawan Melaka...

Taman Larangan



Terletak di perkarangan Istana Kesultanan Melaka, sebuah taman yang mepunyai landskap yang indah dan menarik...

Kota A'Famosa


Tidak lengkap percutian ke Melaka jika tidak singgah sebentar ke Kota A'Famosa...sebuah kota yang penuh dengan sejarah peninggalan Portugis..

Muzium Samudera



Terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka...muzium yang menceritakan tentang sejarah kelautan Melaka...

Taman Rama-Rama dan Reptilia



Selain dari rama-rama, terdapat juga binatang-binatang lain seperti buaya, harimau bintang dan beberapa jenis burung...


Bangunan Stadthuys



Bangunan Stadthuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam, terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana...di sini juga terdapat pelbagai jenis souvenir untuk dibeli...

Melaka River Cruise



Perkhidmatan bot yang membawa kita menyusuri Sungai Melaka, sepanjang perjalanan kita akan dihidangkan dengan pemandangan yang sangat menarik...

Melaka Wonderland





Melaka River Pirate Park




Cendol Jam Besar




Kampung Ketek





Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN








Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Melaka yang boleh dikunjungi , masa sahaja selalu tidak mengizinkan...

CEO Muda Berpakaian Baju Tidur Ke Pejabat

As salam semuo...


Salam 1 Malaysia dari Mifz...

Gambar Mifz pagi tadi , semasa PM hendak menghantarkannya ke rumah pengasuh...Mifz seperti membawa sebuah " briefcase " kan ? Amacam ada gaya seorang CEO tak...hehe

Itu kotak mainan " block " Mifz sebenarnya...biasanya dia hanya bawak sebahagian sahaja " block " tuh , tapi pagi tadi sibuk hendak bawak satu kotak...

" Block " dalam tuh pun dah makin berkurangan , macam mana tak kurang , Mifz suka menyelit-nyelitkan barang...kat bahagian bawah rak TV kat rumah tuh penuh dengan mainan dia seorang jer...malas nak mengorek , sebab lepas tuh pasti akan penuh balik...hehe

 
© PaPa MiFz All Rights Reserved